AMARAN

"PRODUK KAMI MENGANDUNGI UNSUR2 18SX YANG DICADANGKAN KEPADA PASANGAN YANG TELAH DAN AKAN BERKAHWIN SAHAJA! MEREKA YANG DI BAWAH UMUR ADALAH DILARANG!!"


Romantic Ideas

PERHATIAN: IDEA2 ROMANTIK INI HENDAKLAH DISESUAIKAN DENGAN DIRI ANDA,
SAMADA ANDA SEORANG LELAKI ATAUPUN WANITA DAN JUGA KEADAAN SEMASA.
IDEA #1

Jika pasangan anda ke luar daerah selama beberapa hari, katakan kepadanya yang anda bimbang keselamatannya maka anda telah tugaskan seorang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya. Berikannya anak patung teddy bear sebagai pengganti diri anda.

IDEA #2

Beli pelekat serap cahaya (glow) dalam pelbagai bentuk, bulan sabit, bintang dsbg. Lekatkan di siling kamar tidur membentuk tulisan 'I LUV U' atau 'Ayang Sayang Abang' . Apabila lampu kamar dipadamkan, tulisan tersebut terpancar..

IDEA #3

Pada suatu majlis istimewa seperti hari lahir atau hari ulangtahun perkahwinan, belikan 11 tangkai ros hidup dan 1 tangkai ros palsu. Letakkan ros palsu tadi di tengah-tengah jambangan ros-ros tersebut. Selitkan sekeping kad ucapan yang tertulis: " Abang akan mencintai sayang sehingga ros yang terakhir pudar".


IDEA #4

Belikan nama domain, mengikut nama pasangan anda (jika masih ada)
contohnya: ShahRukhKhan.com . atau SofeaAsyiqin.com
Cipta satu laman web khas menggunakan nama domain ini. Masukkan puisi-puisi indah dan ayat-ayat cinta yang ditujukan kepadanya.  Bila pasangan anda melayari internet, buat-buat bertanya samada nama domain beliau masih ada atau tidak. Biarkan dia menaip namanya untuk mengetahui...
Surprise!!....anda tahu apa yang beliau temui bukan?

Panduan buat laman web PERCUMA

IDEA #5

Beli cermin muka kecil yang menarik bentuknya dan hadiahkan kepada pasangan anda. Sertakan sekeping kad di dalam kotaknya dan pastikan anda menulis...


"Lihatlah ke dalam cermin ini, awak akan melihat wanita yang paling cantik di dunia dan saya amat berbangga dengannya..."



No comments:

Post a Comment