Bila anda tidak membuat pasangan anda mengetahui bahawa dia istimewa untuk anda, maka anda bukanlah lelaki romantik. Bahkan meskipun pasangan anda adalah seorang artis atau model yang sangat cantik dan sukses atau wanita karier yang mempesona, sukses dan menawan hati setiap orang. Ia tetap memerlukan penegasan ucapan dari anda bahawa dia memang cantik dan mempesona serta sangat istimewa dalam hidup anda.
Kebanyakan Wanita ingin disayangi, dicintai, dihormati dan dihargai oleh pasangannya. Wanita sangat bahagia jika dia diperlakukan dengan istimewa oleh pasangannya. Hanya berbuat sedikit dalam hal ini akan membuatkan hubungan anda dengan pasangan menjadi tawar, bosan dan hambar.
Lalu bagaimana supaya lelaki boleh jadi romantik ?
Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah memberi perhatian. Memberikan perhatian pada pasangan anda bukanlah sekadar duduk di sebelahnya ketika anda berdua menonton TV. Tapi lebih bermakna menyedari kehadirannya, menghargainya, melibatkan diri dalam kehidupan anda dan anda dalam kehidupannya. Dan ketika anda menyedari sesuatu yang indah, unik atau anggun tentang dirinya maka ucapkan kepadanya, baik dengan kata-kata maupun tindakan.
Bila rambutnya cantik dan anda menyukainya maka belailah dengan jari-jemari anda. Sikap yang baru bukan hanya akan memperbaiki hubungan yang tadinya hambar menjadi bermakna, tetapi juga akan membuat pasangan anda merasa lebih baik dengan dirinya sendiri.
Wanita yang anda cintai menginginkan anda mengggangap dirinya menggagumkan. Ia ingin anda menjelajahi dirinya seperti sebuah negeri baru. Bahkan bila anda telah tidur disisinya selama bertahun tahun, ada begitu banyak perkara dalam dirinya yang tidak anda ketahui. Buatlah dia berani menceritakan akan mimpi-mimpinya, fantasinya dan cita-citanya.
Berikut ini beberapa tips yang boleh anda cuba
1) Ungkapkan Penghargaan Anda Dengan Kata-kata
Walaupun Anda sering bersamanya, ada baiknya anda katakan bahawa anda kurang mengerti dan memahami apa yang menjadi keinginan pasangan anda dalam menjalani kehidupan bersama. Lebih baik disampaikan secara langsung ke telinganya mungkin melalui bisikan mesra sewaktu ingi bersama.
2) Cintailah Dia Seadanya
Seorang lelaki sebenarnya tidaklah harus memiliki bentuk badan cantik seperti atlet, wajah tampan seperti artis atau poket tebal seorang usahawan untuk menjadi romantik dan wanita tidak perlu glamor untuk menginginkan keromantisan. Ia tak perlu menjadi ratu untuk memperolehi perasaan hormat, penghargaan dan pujian. Ia anggun sebagaimana dirinya. Biarkan dia mengetahui itu, doronglah kekuatannya, rayakanlah kejayaannya, hargai dirinya dengan sebenarnya.
3) Menghargai Apa Yang Dilakukannya
Walaupun dia bekerja sepanjang hari di pejabat atau megurus rumah tangga., dia melakukan banyak hal tanpa mendapat komen, tanpa mendapat penghargaan. jangan meremehkan apa2pun. Perhatikan apa yang dilakukannya dan beritahukan kepadanya mengenai kejayaannya, hargai dirinya dengan sebenarnya.
4) Ketahuilah Kebijaksanaannya
Dia ingin anda mengetahui idea- ideanya yang kreatif, nasihat yang berguna, dan bahkan mungkin suatu pembicaraan yang lawak, bahawa ia mempunyai kelebihan. Ia mungkin menawarkan sebuah idea, mungkin berkaitan dengan rumah anda, pakaian anda atau pekerjaan anda. Daripada menerimanya begitu saja lebih baik anda memberitahu bahawa anda menghargainya.
5) Akui Kecantikannya
Walaupun pasangan anda tidak secantik bintang filem, tapi biarlah dia mengetahui bahawa di mata anda dia adalah wanita paling cantik dalam dunia. Daripada mengatakan “awak cantik” mungkin dia tak percaya. Tunjukkan sesuatu yang istimewa tentang penampilannya saat ini. “Baju itu menampilkan bentukmu yang indah” atau “Rambutmu makin cantik di bawah cahaya lampu”.